
Nampaknya planet ke-11 telah ditemui sebagaimana yang tertulis di dalam al-Quran terdapat 11 planet kesemuanya.
Berita Harian- Dunia
Khamis, 26 April 2007
8 Rabiul Akhir 1428H
Saintis temui ‘bumi’ baru
Planet terletak luar lingkaran Sistem Suria, didakwa boleh didiami
WASHINGTON:
Pakar astronomi Eropah buat pertama kalinya berjaya menemui sebuah
planet baru di luar lingkaran Sistem Suria yang didakwa boleh didiami
kerana ciri suhunya menyamai bumi.
Penemuannya yang turut dikenali Gliese 581 c, disifatkan saintis
sebagai amat bermakna dalam usaha mencari bukti wujudnya kehidupan lain
di angkasa lepas.
“Ia penting bagi mencari kemungkinan wujudnya
hidupan lain di angkasa lepas,” kata pakar astronomi Universiti Geneva,
Michael Mayor.
Beliau adalah antara 11 saintis Eropah yang menemui planet itu.
“Penemuannya amat bermakna tetapi masih ada banyak lagi persoalan yang perlu dijawab.”
Planet itu dengan saiz bentuk sesuai, juga dikatakan berkemungkinan mempunyai air.
Penemuan
planet baru itu juga membuka jalan kajian ke atas planet yang
mengelilingi bintang malap. Sebanyak 80 peratus bintang berhampiran
bumi adalah jenis ‘Red Dwarf.’
Planet baru itu tidak dipastikan
sama ada permukaannya berbatu atau diliputi ketulan ais dan air. Jika
ia berbatu seperti bumi, ukur lilitnya adalah satu setengah kali lebih
besar berbanding bumi.
“Jika ia diliputi ais, sudah pasti saiznya lebih besar,” kata Mayor.
Berdasarkan teori yang ada, Planet Gliese 581 c itu masih misteri.
Masih
banyak yang belum diketahui mengenai planet baru itu, termasuk
kemungkinan ia boleh didiami sebaik butiran terperinci diperoleh.
Maklumat
sedemikian penting berdasarkan syarat ditetapkan ke atas planet boleh
didiami seperti dakwaan ke atas planet Marikh yang menyamai suhu bumi
dan menjadi petanda kewujudan air. – AP
Entries (RSS)